Login

Logout

Percetakan Laporan Tahunan: 4 Info Penting

Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest
This image has an empty alt attribute; its file name is isi-ccontent-1-1-1024x724.jpg

Umum sedia maklum tentang percetakan laporan tahunan. Mana-mana syarikat sekalipun perlu mendokumenkan segala pergerakan & aktiviti syarikat untuk setiap tahun.

Persoalannya, macam mana nak bagi laporan tahunan yang dihasilkan nampak menarik?

Ada beberapa elemen penting dalam percetakan laporan tahunan ni yang perlu anda titikberatkan :

  • Pilihan binding
  • Pilihan fold out
  • Kemasan cetakan
  • Semakan terakhir

Jom kita go thru sama-sama!

1. Pilihan Binding

This image has an empty alt attribute; its file name is isi-ccontent-2-2-1024x724.jpg

Pemilihan binding style ni adalah bergantung kepada syarikat itu sendiri. Ia termasuklah berapa banyak mukasurat yang ada & tahap ketahanan binding yang telah dipilih.

Kat bawah ni ada beberapa pilihan & jenis – jenis binding style yang biasa digunakan :

  • Perfect binding – sesuai untuk syarikat yang nak kelihatan lebih profesional. Kebiassaannya digunakan untuk majalah, laporan tahunan, paperback & sebagainya
  • Comb binding – jenis ni adalah paling biasa digunakan untuk laporan tahunan dibuka dengan mudah & flat style. Ia mempunyai pelbagai jenis ketebalan & warna tau!
  • Coil binding – harga untuk style macamni dikatakan reasonable. Caranya adalah dengan menggunakan plastik pra-gegelung. Hasilnya, laporan tahunan lebih mudah dibuka & dilipat dua.
  • Wire binding – jenis binding ni pula sifatnya lebih kukuh, tahan lama & menjadi pilihan mereka yang nak nampak lebih profesional.
  • Saddle stiching – harga untuk jenis saddle ni sangat berpatutan untuk binding booklet atau laporan tahunan. Caranya mudah aje, hanya guna stapler di bahagian tengah kertas yang dah dilipat.

Pastikan laporan tahunan anda di-binding dengan baik untuk memastikan ia tidak rosak selepas dibuka untuk beberapa kali.

Tengah pening nak pilih mana satu jenis style binding? Kami sedia bantu anda, jom klik sini & tanya terus pilihan binding mana yang sesuai untuk laporan tahunan syarikat anda.

2. Fold Out

Seterusnya, untuk bahagian pamphlet pula bersifat lebih padat & menyatakan info ringkas keseluruhan isi laporan tahunan.

Ada macam – macam cara untuk beri kelainan, nampak lebih menarik & tidak membosankan.

Antaranya adalah cara lipatan, ia boleh memberikan impak & menyerlahkan kreativiti designer masing-masing. Pemilihan design yang tidak terlalu crowded adalah pilihan yang bijak.

Sebab apa?

Sebab ruang antara setiap halaman mungkin agak terhad & bergantung kepada info yang nak disampaikan. Anda juga boleh tetapkan size lipatan yang berbeza untuk setiap halaman.

Berikut adalah antara jenis lipatan yang sering digunakan :

  • Half fold – berbentuk hampir sama seperti booklets, salah satu teknik paling mudah dihasilkan & size keempat panel adalah sama.
  • Trifold – jenis lipatan ni ada 6 panel, size yang sama. Selain dari ukuran 8.5″ × 11″, anda juga boleh cuba ukuran 11″ × 17″ atau lebih besar, 25.5″.
  • Z fold – bentuk lipatan ni sama dengan zig zag, ada 6 panel juga, double bending. Kebiasaannya teknik ni jarang digunakan berbanding trifold.

Ukuran standard yang digunakan untuk Z Fold adalah,

(8.5″ × 11″), (8.5″ × 14″) atau (11″ × 17″).

  • Gate fold – jenis lipatan ini dikenali sebagai window fold. Bentuknya hampir sama dengan trifold booklets. Size panel bahagian kiri & kanan adalah sama dengan bahagian tengah.

Sebenarnya ada macam – macam lagi style menarik untuk lipatan ni. Semuanya bergantung kepada tahap kreativiti designer masing – masing.

Paling penting, pastikan semua info & maklumat cukup dalam ruangan tu tau!

3. Kemasan Cetakan

Teknik percetakan juga penting dalam menghasilkan laporan tahunan. Ia memastikan dokumen tersebut boleh disimpan dalam jangka masa panjang tanpa mengalami kerosakan.

Ada banyak jenis percetakan yang boleh diaplikasikan ke laporan tahunan syarikat anda. Antaranya UV coating & laminating.

Pemilihan kertas yang tebal, cover buku yang keras juga memainkan peranan yang penting dalam memastikan ketahanan laporan tahunan tersebut.

Kos bagi setiap jenis percetakan juga adalah berbeza. Pendek kata, harganya sesuai dengan hasil. Ia termasuk pemilihan paper stock, ink, warna & grafik.

Setiap syarikat akan buat pilihan terbaik & inginkan hasil yang lebih berkualiti.

Klik sini untuk dapatkan cadangan pilihan cetakan yang terbaik untuk laporan tahunan anda.

4. Semakan Terakhir

Pastikan draf terakhir disemak dengan teliti sebelum dicetak dengan jumlah yang banyak untuk mengelak pembaziran jika berlaku kesilapan teknikal.

Hasilnya akan bergantung kepada pemilihan material, cara penyampaian info & grafik yang telah dipilih.

Aspek apa yang memerlukan semakan teliti?

  • Design layout, pemilihan infografik juga mempengaruhi laporan tahunan anda. Pastikan setiap design yang dipilih bersesuaian dengan maklumat.
  • Pastikan warna yang dipilih tidak terlalu banyak sehingga lari dari tema & pembaca tidak boleh fokus kepada info yang hendak disampaikan.
  • Pemilihan jenis font & size juga penting. Font yang jelas & size sesuai akan memudahkan pembacaan dilakukan.

3 elemen kat atas ni penting dalam penghasilan laporan tahunan. Sebab, keseluruhan laporan tu bergantung kepada 3 aspek ni.

Seterusnya, kalau boleh cuba elakkan pilih material yang berkualiti rendah demi penjimatan kos.

Anda kena selalu berhubung dengan syarikat pencetakan yang anda pilih sepanjang proses penghasilan laporan tahunan tersebut.

Supaya segala semakan, pembetulan draf dapat dilakukan dengan lancar.

Jangan pening-pening lagi nak cari tempat untuk cetak laporan tahunan anda tu. Jom kami bantu anda, dari penyediaan grafik cadangan sehingga siap cetak dengan harga berpatutan.

Hubungi kami untuk info lanjut.

Share this post with your friends

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *